Sunday, March 22, 2015

0 Pemenang Contest Malaysia Best Blog 2015

Contest Malaysia Best Blog 2015 sudah menghampiri penghujungnya. Dan jika tiada aral melintang, penganjur contest OhDuit.com akan mengisytiharkan pemenangnya pada 1 hb April 2015 nanti. Pada saya untuk memenangi contest Malaysia Best Blog 2015 ini amat tipis sekali. Banyak faktor yang telah saya kaji daripada aspek SEO.

Antara faktor2 yang terlibat ialah Domain Authority. Domain Authority (DA) adalah kayu pengukur kepada popularnya domain anda daripada kacamata Google. Lebih tinggi skala DA blog anda, lebih cerah harapan untuk blog anda berada pada ranking terbaik Google. Dan apa yang jelas, blog PanduanPercuma.info dan Tokjogho.com saya masih lagi belajar bertatih dalam SEO biarpun blog ni telah berada di persada dunia maya lebih 5 tahun.

Mahu tahu siapakah pemenang contest Malaysia Best Blog 2015? Saya pasti sudah tahu...tapi penntuan bukan kerja saya. Itu kerja Yang Maha Kuasa....


Wednesday, February 11, 2015

0 Contest Malaysia Best Blog 2015

Assalaamualaikum semua,

Ini bukan cerita tentang koleksi e-buku, tetapi pasal artikel Malaysia Best Blog 2015 yang perlu ditulis untuk Pertandingan yang dianjurkan oleh OHDUIT.com - Hah, jom cuba baca artikel aku kat bawah ni.


CONTEST MALAYSIA BEST BLOG 2015

NI NAK CERITA PASAL SEO CONTEST YANG DIANJURKAN OLEH LAMAN WEB OHDUIT.COM - PARA BLOGGER DIKEHENDAKKI MENULIS ARTIKEL TENTANG MALAYSIA BEST BLOG 2015. HADIAH AGAK LUMAYAN DENGAN PEMENANG UTAMA AKAN DAPAT RM1500 TUNAI DI SAMPING 10 LAGI HADIAH SAGUHATI RM50 SEORANG. MAKA MULA IDEA DAN FIKIRAN BLOGGER-BLOGGER OTAI MENGARANG CERITA TENTANG MALAYSIA BEST BLOG 2015, TERMASUK JUGALAH AKU, SEORANG BLOGGER PICISAN.


IDEA UNTUK ARTIKEL MALAYSIA BEST BLOG 2015

Jadi, mulalah aku mencari idea, mengorek segala ilmu SEO yang aku ada untuk dipahat dalam artikel Malaysia Best Blog 2015. Siap belek-belek sikit ebuku-ebuku dalam bahasa Inggeris tentang SEO dan cuba nak naikkan ranking dalam Google Malaysia. Berjayakah aku??

Setelah 2 jam artikel ditulis, artikel pada blog PanduanPercuma.info itu berada pada page 4 dalam carian "Malaysia Best Blog 2015" untuk Google Malaysia. Hu hu, januh panggang dari bara, macam tak ada harapan nak jadi at least top 10. Kena usaha lebih sikit, kena buat back ke artikel tu... So aku buatlah beberapa backlink dengan komen kat 2 blog yang aku pilih.... Tinggal jejak kata orang yang sibuk belayar kat internet. Violaa.... check google, naik ke Page 3, tetapi 2 dari bawah. Hah, semakin menarik nampaknya, Dan ke nak melonjak ke Page 1 Google ni, dah tak lama masa yang ada untuk cuba naikkan lagi ranking dalam Google. Nampaknya kena pergi ke langkah seterusnya. Nak pastikan artikel aku Malaysia Best Blog 2015 berjaya ke Page 1 Google dalam masa beberapa hari lagi....

ILMU WHITEHAT/BLACKHAT UNTUK MALAYSIA BEST BLOG 2015

Kalau ikut ilmu blogger yang aku tahu, memang nak aje pakai ilmu BlackHat tapi rasa tak berapa elok pulak. Tak adil pada bogger yang bertanding secara Fair and Square. Mungkin sedikit ilmu WhiteHat perlu diterap untuk mendapatkan backlink yang boleh menaikkan artikelMalaysia Best Blog 2015 ni. Camner ya??? Salah satu caranya, rajinkan tinggal jejak (komen la tu) kat blog2 yang PR (pagerank) nya tinggi dalam google seperti ruang forum yang popular di Malaysia, blog2 yang tersohor dll. Tak apa, tak apa, nanti aku buat komentar kat 2-3 blog yang aku biasa lawat....

BERJAYAKAH AKU DALAM CONTEST MALAYSIA BEST BLOG 2015 NI?

Haaa, good question! tak tahu la nak cakap sebab yang masuk bertanding ni otai-otai SEO blogger semua. Dia orang ada blog yang PR tinggi jugak. Aku ni? Blog ala kadar aje. Nak jadi juara contest SEO Malaysia Best Blog 2015 ni, rasanya pahit sekali. Cuma mungkin target untuk hadiah saguhati, cukuplah. OK dah kalau dapat Rm50 tu, sapa nak bagi FREE! Kita TUNGGU DAN LIHAT April nanti bila keputusan diisytiharkan oleh penganjur OhDuit.com

Sunday, October 7, 2012

0 Koleksi E-Buku Melayu Percuma dan Di Pasaran

Salam semua. Selamat Datang ke Blog Koleksi-Ebuku Melayu! Pada blog ini saya akan sentiasa mengemaskini senarai ebuku-buku berbahasa Melayu yang terdapat di pasaran untuk sajian minda semua. EBuku yang berbentuk ilmiah dan santai, amat sesuai untuk dibaca dan ianya mampu mengubah minda kita ke arah yang lebih progresif dan produktif.


Ada antara ebuku-ebuku tersebut bersifat motivasi diri, motivasi agama dan tidak kurang juga ebuku menjana minda ke arah pelbagai bentu perniagaan samada perniagaan offline mahu pun online. Yang pasti dengan kehadiran ebuku-ebuku ini, ianya boleh mengasah dan menajamkan minda kita dalam segenap aspek kehidupan. Semoga ianya dapat membantu kita semua, insyaAllah.
 

Koleksi E-Buku Melayu Online Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates